Saturday, 10 November 2012
Kenali dia
Pernahkah kau terfikir bahawa kerisauan temanmu itu adalah melebihi kerisauanmu. Saat dia tersenyum gembira di depanmu, saat dia bergelak ketawa di hadapanmu, adakah kau pasti bahawa dia juga seperti itu di belakang mu ??
Tahukah kau bahawa jika kau sakit, maka temanmu itu juga mengalami kesakitan seperti mu dan kesakitan itu akan bertambah lagi jika kamu tidak mnegendahkan bantuan dn pertolongan yng diberikannya, dan jika kamu meninggikan suara kepadanya di saat dia sakit.
Tahukah kamu, jika teman kamu menghindarkan diri dari mu, cuba mngelakkan diri darimu, dan menghindarkan mu itu sebenarnya dia sedang melalui proses untuk mengenali dirinya dan dirimu dan untuk menilai erti persahabatan kalian.
Kau sentiasa menemainya, di saat dia ke kelas, di saat dia bersendiri, di saat cuti, makan , keluar berjalan-jalan , namun adakah kau pernahkah kau meluangkan masa untuk mendengar luahan hati dan perasaannya ?? Pernahkah kau memerhatinya dan merenung tajam ke matanya ??
Sebenarnya , dia ingin meluahkan namun tidak ingin luahan yang dikongsinya kepada mu itu akan menjadi bebanan pula terhadap dirimu.
Sebenarnya kemarahan seorang teman itu tidaklah seberapa, cuma kadangkala keegoan yang menyelubungi dirinya. Namun yakinlah, kemarahan seorang teman itu tidak akan bertukar kepada kebenciannya terhadap dirimu. Tidak kiralah sama ada kau pernah mengguris hatinya tanpa kau sedari dan pernah membohonginya.
Kebahagian yang kau hadapi bersama si dia merupakan satu kebahagian juga bagi diri temanmu itu kerana dia dapat melihat kau gembira. Namun sebenarnya kerisauan dalam diri temanmu itu akan muncul jika daia merasakan sesuatu di dalam hubungan kamu dan si dia. Bukan niat hendak mencampuri urusan peribadi, namun sebagai seorang teman wajar baginya untuk berasa risau.
Pahit sebenarnya untuk dielan bila kau berkata " kau belum kenal aku lagi . . " kerana kita sendiri pun kadang kala belum mengenali sepenuhnya siapa diri kita. Teman kamu juga seperti itu, berusa untuk mngenali kamu namun semangat itu akan kabur jika kamu berkata kepadanya seperti itu.
Teman kamu tidak menginnginkan kamu berada di sisinya 24 jam,cukup jika dia akan sentiasa merasa kehadiranmu, cukup jika kamu ada di sisi untuk menemani di saat dia menghadapi masalah atau kesulitan dan cukup dengan kamu meminjamkan telinga kamu untuk mendengar apa yang disampaikannya. Menghargai kawan kamu bukan beerti memasak untuk dia, membelikannya sesuatu atau sebagainya , tapi cukup jika kau menghantar mesej kepadanya atau menghubunginya di saat kau tidak bersamnya, kerana menerima mesej dan panggilan darimu adalah hadiah terindah baginya , yang ingin selalu dia peroleh.
Semua orang akan merasa diri mereka sebagai teman yang terbaik, namun percayalah tiada siapa pun yang sempurna. Hanya kenali teman rapat kamu, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan persahabat kamu adalah komunikasi dan jalinan kasih persahabatan kamu berdua . . ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)