Monday, 17 June 2013

Friends for life

Friends for love . . adalah ungkapn di mana kau yg mengenalkannya kepada aku, kau yg memulakannya, . .  kau kata kau ffl aku, kau kata akan buat apa sahaja dengan aku, namun terima kasih aku ucapkan kerana menyedarkan akan hakikat sebenar dalam berkawan, hakikat dimana aku mula membenci dengan sesiapa yg kata " kau kan best friend aku ", " jgan risau, aku kan ada . . " , semuanya cuma dusta semata-mata . .  aku syangkan kau, kasihkan kau, bukannya cintakan kau, aku masih sedar akan hukum dan hakam. . sebelum ni aku cuma bersendiri, berteman dengan sesipa sahaja, namun kehadiran kau sebagai FFL aku, sebagai sahabat, teman dan sebagai keluarga aku menyebabkan aku semakin gembira dan berasa seronok untuk berteman dengan kau . .
Teringat saat kau menyandarkan kepala kau di bahu ku, saat kau berterima kasih dengan aku, saat kau tersenyum,tertawa di hadapan aku, dan saat kau memluk aku dari belakang dan mengatakan " maaf mer, aku sayang kau sgat2", namun kini, tiap kali aku menghampiri,kau menjauh, tiap kali aku cakap aku syangkan kau, kau semakin menjauh, tipa kali aku luahkan rasa hati ini, kau akn mencari mereka . . Rindunya aku dengan gelak tawa kita, rindunya aku dengan kehadiran kau yang sudi berkongsi bantal bersama ku, . .
Mungkin bagi kau, aku hanyalah boneka yang merayu kehadiran kau disisi, . .
Ku sedar aku bukan seperti mereka, yang cukup matang untuk bersama kau, mampu membimbing dan mengajar kau, memnuhi semua kehendak kau. . semuanya aku sedar, dan aku tahu mereka tak akn melakukan kesilapan seperti yang aku lakukan,
Ingin sahaja kaki ini melangkah pergi, tak tahn rasanya diri ini melihat kau terpaksa berdepan dengan ku, melihat kau terpaksa menyembunyikan ketidakpuasan hati kau dihadapan aku. . Mungkin ini akibatnya jika kita terlalu menyayangi dan mengasihi sahabat kita . . Aku harap mereka akan sentiasa bersama kau di saat aku melangkah pergi dari hidup kau . . tak ingin aku seperti ini, namun keadaan telah menjadikan kita seperti ini . . jika kau ingin melihat titisan darah mengalir dari tubuh ini baru kau boleh menerima aku seperti sebelum ini, akn aku lakukan untuk memuaskan hati kau . . Setiap pengorbanan, kasih dan sayang ini seperti tidak memberi sebarang erti . . Mungkin luka di hati ini tidak akn pulih lagi,. .
Teringat saat aku menahan lapar selama seminggu demi menyimpan wang untuk membelikan kau sebuah kek hari jadi . . teringat akan degupan kencang hati ini di saat aku tahu kaki kau berdarah, . . Kesakitan kepala aku tahan demi untuk membelikan kau bubur kerana tak sanggup aku melihat sakit dan lapar kau . .
 mungkin semuanya hanya satu kisah dan kenangan terindah untuk kau . . Namun, terima kasih kerana membenarkan aku tidur di sisi kau semalam, dapat juga aku mengusap kepala kau, seperti sebelum ini, memeluk kau,walupun kau menolak aku, baring di sisi dan sebantal dengan kau walaupun hanya seketika . . .

Insyaallah . . aku tak akan melupakan semua kenangan manis kita, kerana aku tetap akn menyanyi kau sampai ke akhir nafas aku, itu janji aku . . Doaku agar kau sentiasa bahagia disisi mereka, biarlah angan-angan ku melihat kau memeluk ku dan mengucapkan, " mer, sebenarnya aku syang kau, kau tetap FFL aku -:, menjadi satu angan-angan mat jenin yang aku tahu tak akan dapt direalisasikan . .
Insyaallah akan aku cuba untuk memplastikkan diri ini, demi melihat senyuman dibibir kau . . cukuplah kenangan kita menjadi satu memori kisah terindah yang aku ada . . terima kasih kerana pernah mendekati aku, terima kasih kerana pernah menyatakan yang kau sayang aku, . . Aku akan tabah, dan mematangkan diri aku . . Ya allah, terima kasih kerana Kau memeprtemukan aku dengannya, walaupun cuma untuk seketika  . .
' Mas, aku ikhlas bersahabat dengan kau, iklas hati ini menyanyi kau, namun tak pernah aku terfikir kau sanggup melakukan ini selepas aku merayu untuk kemaafan kau, Aku akan sentiasa berada di sisi kau, terima kasih kerana pernah melafazkan suatu ketika dahulu yang kau sayangkan aku . ., tangan yang kotor ini sentiasa mengharapkan pengangan erat tangan kau yang dahulu, tubuh yang kotor ini sentiasa mengharap pelukan dari kau, hati yang terhiris ini sentiasa bersedia untuk menanti kehadiran kau disisi, selepas ini aku tak akn mengejar-ngejar, merayu dan memohon untuk kau menyayangi aku, aku harap kau bahagia, gembira, dan tersenyum bersam mereka pengganti diri ini, aku ku bunuh dan korbankan mer yang pernah kau kenali, akan ku cuba wujudkan mer yang baru, . . " Terima kasih sahabat . .

Saturday, 10 November 2012

Kenali dia

     
Pernahkah kau terfikir bahawa kerisauan temanmu itu adalah melebihi kerisauanmu. Saat dia tersenyum gembira di depanmu, saat dia bergelak ketawa di hadapanmu, adakah kau pasti bahawa dia juga seperti itu di belakang mu ??

Tahukah kau bahawa jika kau sakit, maka temanmu itu juga mengalami kesakitan seperti mu dan kesakitan itu akan bertambah lagi jika kamu tidak mnegendahkan bantuan dn pertolongan yng diberikannya, dan jika kamu meninggikan suara kepadanya di saat dia sakit.

Tahukah kamu, jika teman kamu menghindarkan diri dari mu, cuba mngelakkan diri darimu, dan menghindarkan mu itu sebenarnya dia sedang melalui proses untuk mengenali dirinya dan dirimu dan untuk menilai erti persahabatan kalian.

Kau sentiasa menemainya, di saat dia ke kelas, di saat dia bersendiri, di saat cuti, makan , keluar berjalan-jalan , namun adakah kau pernahkah kau meluangkan masa untuk mendengar luahan hati dan perasaannya ?? Pernahkah kau memerhatinya dan merenung tajam ke matanya ??
Sebenarnya , dia ingin meluahkan namun tidak ingin luahan yang dikongsinya kepada mu itu akan menjadi bebanan pula terhadap dirimu.

Sebenarnya kemarahan seorang teman itu tidaklah seberapa, cuma kadangkala keegoan yang menyelubungi dirinya. Namun yakinlah, kemarahan seorang teman itu tidak akan bertukar kepada kebenciannya terhadap dirimu. Tidak kiralah sama ada kau pernah mengguris hatinya tanpa kau sedari dan pernah membohonginya.

Kebahagian yang kau hadapi bersama si dia merupakan satu kebahagian juga bagi diri temanmu itu kerana dia dapat melihat kau gembira. Namun sebenarnya kerisauan dalam diri temanmu itu akan muncul jika daia merasakan sesuatu di dalam hubungan kamu dan si dia. Bukan niat hendak mencampuri urusan peribadi, namun sebagai seorang teman wajar baginya untuk berasa risau.

Pahit sebenarnya untuk dielan bila kau berkata " kau belum kenal aku lagi . . " kerana kita sendiri pun kadang kala belum mengenali sepenuhnya siapa diri kita. Teman kamu juga seperti itu, berusa untuk mngenali kamu namun semangat itu akan kabur jika kamu berkata kepadanya seperti itu.

Teman kamu tidak menginnginkan kamu berada di sisinya 24 jam,cukup jika dia akan sentiasa merasa kehadiranmu, cukup jika kamu ada di sisi untuk menemani di saat dia menghadapi masalah atau kesulitan dan cukup dengan kamu meminjamkan telinga kamu untuk mendengar apa yang disampaikannya. Menghargai kawan kamu bukan beerti memasak untuk dia, membelikannya sesuatu atau sebagainya , tapi cukup jika kau menghantar mesej kepadanya atau menghubunginya di saat kau tidak bersamnya, kerana menerima mesej dan panggilan darimu adalah hadiah terindah baginya , yang ingin selalu dia peroleh.

Semua orang akan merasa diri mereka sebagai teman yang terbaik, namun percayalah tiada siapa pun yang sempurna. Hanya kenali teman rapat kamu, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan persahabat kamu adalah komunikasi dan jalinan kasih persahabatan kamu berdua . . ;)